Saturday, February 26, 2011

berbagai...

salam....
baru lagi aku nak update blog ni..
tu pun sebab aku dah keboringan sangat n blom ada mood nak blajar lagi..
sedangkan hari isnin ada test costing.. huhuhu..
mlm ni mesti belajar...
tak nak macam test hari sebelum ni..
hancus macam nak mampus je..
blajar lagi last minit..

btw, aku target sem ni n sem akan datang dapat dean list lagi..
aku nak dapat ANC.. then continue study kat nun jauh di seberang sana..
macam best je kan.. huhuhu..
jeles tengok kawan2 study jauh2..

aku masih ada peluang nak study abroad..
coz uitm dengan berbesar hati beri peluang kat student dia sambung blajar kat oversea..
so, aku pun teruja nak dapat..
but, ada syarat.. mesti dapat cgpa 3.5...
hopefully aku penuhi pointer tu ye..
kalau boleh dapat tinggi lagi dari tu.. amin..
doakan aku.. huhuhu..

bila org tanya kat aku, ' pa cita2 kau?'
aku nak jawab pun jadi serba salah..
kalau nak ikut program yang aku ambik sekarang memang nak jadi akautan..
tp hati aku ni meronta-ronta nak jadi :
1 - pharmacist
2 - pilot
macam best kan kerja dua ni kan.. tp paling aku minat pharmacist..
aku jenis suka main dengan ubat..
huhuhu.. mybe dulu aku mintak program pharmacy tp xdapat coz gred spm aku kot...
alahai.. susahnya.. tp, aku amat bersyukur dengan hidup aku sekarang...
mudah-mudahan dapat jadi PROFESSIONAL ACCOUNTANT..

last monday, lecturer aku cakap master or phd holder untuk account yang nak jadi lecturer dapat jana pendapatan almost RM15,000 per month..
tak masuk elaun apa suma lagi..
ni la yang buat aku berkobar2..
lagipun, parents aku dah support habis suruh aku habiskan study sampai tinggi yang boleh..
huhuhu.. tp takut juga kalau2 nanti kerja tak de..
tp selalunya naluri parents betulkan...
huhuhu.. mana tahu nanti2 aku dapat jd big boss terus..
mengarut la.. yang penting hadapi semua rintangan nak dapat pointer 3.5....


aku rindu kat dia...
tu je aku mampu nak ungkap pasal dia... huhuhu..
' I MISS U SO MUCH!!!! '
last wednesday, aku g buat passport..
hehhe.. teruja.. best tau kalau ada passport..
lpas ni bleh la nak g mane2.. asal ada money je..
tujuan buat passport tu pun ada sebabnya..
special vacation dengan parents saya...
tunggu sampai konfem dulu baru la nak dedahkan erk..

parents aku rancang nak g perlis coz nak attend wedding mak cik saudara(kazen ayah)
macam best je... nak ikut.. g sabah dah tak ikut, jangan la pulak g perlis tak bawa..
time cuti tu.. huhuh..
then, abg aku pun nak kawen dalam tahun ni jugak..
wait n see je la..
bila abg aku dah kawen, so tinggal la aku sorang lagi yang masih single..
huhuh... tengok orang kawen rasa nak kawen la pulak..
bila erk aku nak kawen?? aahaha..
nasib badan.. boyfriend pun tak de..
ada hati nak kawen.. hahahah...
sabar dulu... tak payah nak g cari cinta tu..
kalau dah jodoh, sampailah hajat tu..
n satu lagi..
kalau dah jodoh tersurat, sampailah seru nak bersatu dengan si dia...
hhehhhe..
best kan kalau dapat kawen dengan org yang memang kita sayang..
lebih2 lagi dengan cinta pandang pertama..
aku dah ada cinta pandang pertama..
sapmpai sekarang tak dapat nak lupakan dia.. huhu..
dah la jgan nak merapu pasal benda alah ni...

nak chow dulu...
mandi, solat n blajar.. hheeh..
doa yang terbaik untuk aku k...
sayang korang suma.. muah3..

Thursday, February 10, 2011

a day with them...


salam...

sekarang dah masuk bulan februari...
dah kira sebulan lebih dah menjejak 2011..
bermacam-macam cerita yang kita semua dengar tak kira la gembira or sedih...
tp paling beri kesan tentang rusuhan yang berlaku kat MESIR..
isk3... apa sebab diaorang nak berusuhan??
mungkin disebabkan politik dan perpecahan agama.. kemungkinan sahaja ya...
nak tau lebih detail lagi pasal rusuhan tu pergi klik kat sini..

nak dijadikan cerita, aku ada kawan yang belajar kat sana...
budak ni ambik medic kat TANTA UNIVERSITY...
punya la risau pasal budak ni.. selamat ke tak...
bila dengar rusuhan makin menjadi-jadi,
so pihak kerajaan MALAYSIA pun bertindak membuat evacuation kat student warga MALAYSIA..
thanx a lot...
ada juga aku baca artikel kat dalam newpaper hari tu..
ada juga antara diorang ni nak complain macam2..
ada pulak statement ni yang kluar dari mulut diaorang..
"kami dilemparkan bagai sampah di jeddah" n "kami tak roti, kami nak nasi lemak"
bersyukur la orang dah tolong kuarkan korang dari tempat merbahaya..
tak perlu la nak mintak macam2... cuba korang yang pergi selamatkan org yang perlukan bantuan...
ish3.. kasi insuran sikit mulut tu..
abaikan la manusia ni..

balik pada kawan aku ni tadi..
aku dapat tahu dia sampai malaysia hari selasa pukul 9 pagi...
punya la rasa bersyukur dengar dia dah sampai kat malaysia..
then, tunggu dia nak balik sarawak ja lagi..
so, dia pun inform la dia g kuching on wednesday...
aku pun bawak la kawan aku (eja, hijrah n maya) pergi jumpa kawan aku ni..
paham2 je la bila dah jumpa.. dah tak ingat dunia lagi...
tak nak uang masa, so kitaorg suroh la dia cerita kan pengalaman dia kat MESIR tu..
bukannya apa, dia balik kota kinabalu malam tu jugak..
gerun ada la jugak dengar cerita budak ni..

kisah nya bermula begini..
tanggal 28 januari, diaorg g la kuar nak g beli barang..
tenngah diaorng makan, tiba2 org kedai tu cakap kedai nak tutup..
diaorg pun pelik la, knapa kedai ni tutup awal plak..
tp diaorg pikir positif je time tu.. tak terfikir pun rusuhan nak terjadi time tu..
punya la slumber badak diaorng boleh2 g tahan teksi pulak..
satu teksi pun tak berhenti.. diaorg pun jadi pelik..
datang la sorang pak cik ni..
dia suruh diorng ni berjalan ke depan sikit coz kat depan ada ramai org berkumpul..
kat tempat diaorg tunggu teksi tu tak selamat n apa2 boleh berlaku..
so time tu la diaorg lari lintang pukang demi nak selamatkan nyawa..
time tu semua banduan dalam penjara dah terlepas sebab balai polis dah kena bakar..
bila 'org2' ni lepas macam la berlaku.
tyime diaorng kluar dari shopping complex tu, ada lagi tegok org g curi barang..
memang licin habis..
dah sampai kat tempat yang pak cik tadi tu bagitau, diaorg tengok dataran manusia..
punya la ramai.. macam dalam cerita 2012..
ish2... gerun jugak nak bayangkan macam mana..


time tu orang dah nak selamat diri masing2 bila dah nampak keta kebal tentera keluar..
sikit2 keta kebal. ish3...

yang sengal nya, tau la org arab ni badan diaorg ni besar..
tapi tak perlu nak ambik kesempatan kat org yang badan kecik molek n halus malus..
kawan aku dah fed up, so diaorng jalan kaki je la balik rumah tumpangan..
dasyat diaorng ni.. 6 jam jalan kaki dari pukul 6 ptg sampai kol 12 tghmlm...
cuba korang imagine tu.. tak ke sakit kaki...
tengah diaorg berjalan tu sorang laki tegur, ada musyrif tak?
diaorng pun jawab la tak de... kalau malam diaorng perlu ada musyrif kalau nak jalan...
so laki tu pun teman la diorng sampai rumah...
otw diaorg jalan tu, ada jugak jumpa bangkai kereta polis kena bakar..
ada jugak diaorng tengok bas yang memang penuh sampai atas bas pun ada jgak..
apa lagi kalau dalam van.. memang padat habis..
nasib jugak tayar van tu tak pecah...
tp diaorg ni rilex je jalan.. sampai la sunyi dah jalan.. coz org lain semua dah masuk rumah..

dah tu, bila org lepas semayang isya', keluar kumpulan kuat nak g tunjuk perasaan..
siap dengan parang n kayu kat tangan.. ish3..
setiap masa ada je jet yang lalu lalang kat atas bangunan..
GERUN TU...
tp nasib la tak de yang lepaskan peluru sesat..
time tu kawan aku dah terfikir g beli tiket nak balik..
tp malang x berbau.. semua line ditutup..
tak kira talian telefon, internet n apa2 ja la..
so, perhubungan terputus..
tp ada jugak student yang sempat dapat tiket tapi terkandas kat airport..
mana tak nya, airport dah kena jaga oleh tentera...
automatik infalsi berlaku..
harga barang naik..
contoh yang paling bagus..
air mineral dari harga biasa 1.50 boleh naik g 200..
dasyat sangat tu... jauh betul beza nya..
tapi aku terfikir jugak knapa perlu naik kan harga barang.. duit tu untuk apa??

ada jugak warga malaysia yang hampir2 nak temu ajal...
pengurus petronas g la jalan.. memang tak tau pa2 hal..
tiba2 je peluru depan dia.. ish3...
muka dia kena hirisan peluru.. sakit tu..
peluru tak tau lak datang dari mana...
yang sorag lagi ni tengah ambik video kat airport.. kira macam wartawan la...
tp kegiatan dia terperasan oleh tentera..
so tentera rampas la video tu..
tp mamat ni nak jugak video tu balik..
nah!! picu senapang dah depan mata..
nak tak nak mengalah je la kalau nak hidup...
kalau degil jugak temu ajal la kat situ..
n dapat aku imagine keadaan kat situ akan jadi lebih tegang..

bila persetujuan nak bantu keluarkan student malaysia berjaya..
diaorng pun dah kira boleh tarik nafas lega..
tp problem nak fly je la..
takut ape2 hal berlaku kat atas awan tu..
diaorng kena bawa g jeddah dulu....
sementara tunggu flight ke malaysia, diaorng perlu stay kat jeddah dulu..
dah la diaorng tak boleh bawak banyak barang...
baju pu sikit...
time tu kna la bawak bersabar kalau nak hidup..
keadaan dah darurat..
pandai2 la nak urus diri macam mana..

kawan aku ni tengah winter break sebenarnya...
so, dia n member dia plan nak g bahrain..
nampak gaya bahrain dah jadi malaysia.. hahah..

*aku dah tak tau sambung cerita tu macam mana lagi.. huhuh..
bila kawan aku tu dah sampai kat KUCHING INTERNATIONAL AIPRPORT,
start la sesi melepas rindu.. tak kurang jugak nak bergambar..
sempat juga bawak budak ni jalan.. setakat g ipg batu lintang..
lain kali kau datang sini dapat la aku nak bawak ke jalan satu KUCHING ni..
bukan setakat tempat bersejarah, semua tempat pelancongan aku rela bawa.. hahaha..

*aku, aimi, eija n hijrah*
me n aimi..
all of us + kazen aimi..



kitaorg kat ipg batu lintang..


tangan aku pun dah lenguh menaip... hehhe..
makna nya, berhenti setakat ni je laya.. hehe...
do a take care ya my dear friend..

daaa.....